Banyaknye masalah yang didapati dalam bab musafir ini.Tetapi kita yang perlu belajar apakah masalah-masalah yang timbul dan apa jawapannya.Ternyata aku banyak membuat anggapan dan Ya Allah, anggapan aku salah.Aku berdosa padaMu Ya Allah.Nekadku ingin mendapat buku mengenai musafir kerana terlalu banyak perkara yang perlu aku baiki.Berikanlah kesempatan waktu ini.
Aku membaca soalan dan jawapan, ternyata aku silap.Hmm..banyak persoalan yang perlu aku perbetulkan.
Meminjam salah satu permasalahan ini ...
"Soalan
Ada org kata kalau kita musafir..kita boleh solat jamak selama 3 hari. Lepas 3 hari tak boleh jamak dah. Tapi ada orang lain pula kata tak boleh jamak. Yang mana satu betul . Harap ustaz jelaskan kedudukan sebenar.
Jawapan :
Ustaz Azhar IdrusSeorang musafir yang berniat singgah ke tempat yg dituju selama 3 hari atau kurang maka dia masih harus jamak qasar setelah sampai ke destinasi kerana singgah 3 hari atau kurang tidak menghilangkan hukum musafir.
Ada pun jika berniat untuk singgah 4 hari atau lebih maka setibanya ke mukim yangt dituju maka tidak harus lagi jamak qasar kerana dia telah menjadi pemukim di situ. Orang mukim itu telah maklum haram jamak qasar sembahyang.
Pendapat yang mengatakan kalau singgah ke destinasi selama 4 hari atau lebih masih boleh jamak qasar selama 3 hari adalah salah. Ini bukan pandangan ulamak tetapi hanya silap faham orang ramai sahaja."

Ternyata aku kena perbaiki kesemua masalah pemahamanku ini.